JellyPages.com

Sunday, May 15, 2011

ALLAH ITU ADA..TAPI..KENAPA MASIH RAMAI YANG HIDUP SUSAH??

Suatu hari, seorang lelaki  bernama Manan datang ke sebuah kedai gunting rambut untuk memotong  rambutnya. Dia pun memulakan perbualan dengan tukang gunting yang  melayaninya.


*****************


si tukang gunting : "Encik, saya ni tak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang Encik katakan tadi,cuba Encik jenguk ke luar tingkap itu dan sedarlah bahawa Tuhan itu  memang tidak ada.Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada,  mengapa ramai orang yang sakit?Mengapa ramai anak terbiar? Jika Tuhan  itu ada, tentu tidak ada sesiapa yang sakit dan tentu juga tidak akan  berlaku penderitaan di negara ini. Tuhan apa yang mengizinkan semua itu  terjadi??!!"


Manan : "Tukang  gunting itu sebenarnya tidak ada di dunia ini sepertimana yang anda kata  bahawa Tuhan itu tidak ada!"


Si tukang gunting pun terkejut dengan kata-kata Manan itu.


si tukang gunting : "Bagaimana  mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan  saya adalah seorang tukang gunting!!"


Manan : "Tidak,  mereka tidak ada. kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang  berambut sangat panjang serta tidak kemas itu,"


si tukang gunting : "Ah, anda merepek saja... tukang gunting selalu ada di  mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah kerana dia tidak mahu  berusaha datang ke kedai saya dan meminta pertolongan saya untuk  digunting rambutnya,"


Manan : "Tepat sekali! Itulah jawapannya kepada soalan awak kepada saya  tadi. Tuhan itu memang ada. Yang terjadi pada  manusia itu adalah kerana  mereka tidak mahu berusaha dalam hidup dan datang mencari dan meminta  pertolongan dari Tuhannya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak  penderitaan di negara ini,"
si tukang gunting. terdiam.
MOS(moral of the story) : kalau dah diri sendiri tak berusaha tapi minta kat Allah demand bagai memang tak guna bai. lepas tu bila tak dapat apa yang kau nak, kau mengamuk-ngamuk pulak. mengada-ngada. tak remaja betul lah~ 

No comments:

Post a Comment